LAGI KES KEMALANGAN DISEBABKAN LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH DI SENAWANG

Selepas sebulan, berlaku lagi kemalangan disebabkan melanggar lampu isyarat merah di Matahari Height di Senawang di sini Isnin lalu. Video kejadian kira-kira jam 9.28 malam itu turut tular di media sosial yang memaparkan perlanggaran membabitkan dua buah motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din, siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila sebuah motosikal dari arah Lavender Height menghala ke Bukit Blossom telah bergerak ketika lampu isyarat berwarna merah. Kemudian, datang sebuah motosikal dari arah Taman Sri Mawar melanggar bahagian sisi kiri motosikal tersebut.

Kemalangan itu mengakibatkan kedua-dua penunggang motosikal luka pada bahagian badan dan tangan. Kejadian tersebut turut tular di media sosial yang mana terdapat video berdurasi 19 saat memaparkan kejadian berlaku.

Pemilik kamera papan pemuka dan individu yang mempunyai maklumat kejadian diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6033394 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …