KOTA KINABALU JADI TUAN RUMAH PROGRAM LATIHAN KEPIMPINAN BELIA ISLAM ASEAN OGOS INI

CENDERAMATA: Hajiji menyampaikan cenderamata kepada Mohamad Marzuki Mohamad disaksikan Sapawi (dua dari kiri).

KOTA KINABALU: Kota Kinabalu bakal menjadi tuan rumah kepada Program Latihan Kepimpinan Belia Islam ASEAN, yang dijadual berlangsung selama sembilan hari bermula 16 Ogos ini.

Program ini dianjurkan secara bersama oleh Majlis Da’wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP), Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) dan Majlis NGO Islam Sabah, dengan penyertaan para belia Islam dari pelbagai negara ASEAN.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sudah diberi taklimat berhubung pelaksanaan program berkenaan oleh Setiausaha Agung Kehormat RISEAP, Datuk Mohamad Marzuki Mohamad Omar dalam satu kunjungan hormat yang diadakan di Menara Kinabalu di sini.

Mohamad Marzuki berkata, objektif utama program ini adalah untuk membentuk kompas moral dalaman yang kukuh dalam kalangan bakal pemimpin belia Islam, di samping memberi pendedahan kepada kaedah komunikasi berkesan, penyelesaian konflik dan proses membuat keputusan.

“Program ini juga bertujuan memupuk nilai keterangkuman dan saling menghormati dalam kalangan belia pelbagai latar negara ASEAN.

“Selain itu, ia turut dirangka untuk menggalakkan penglibatan aktif belia dalam pembangunan masyarakat, pelaksanaan inisiatif dakwah, serta memperkukuh jaringan hubungan serantau ke arah pembentukan komuniti ASEAN yang berdaya tahan, aman dan berwawasan,” katanya.

Dalam pertemuan ini, Mohamad Marzuki turut diiringi Yang Dipertua USIA, Datuk Sapawi Ahmad.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …