WANITA MENGAMUK BAWA PARANG DEPAN PREMIS DITAHAN

TANGKAP: Wanita Terbabit Ditahan Bersama Senjata Tajam Yang Dibawanya Untuk Siasatan Lanjut.

TAWAU: Seorang wanita ditahan polis selepas mengamuk sambil membawa parang di hadapan sebuah premis perniagaan di bandar ini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, suspek berusia 39 tahun dipercayai bertindak agresif dengan memegang sebilah parang dalam keadaan mencurigakan sambil memandu sebuah kereta.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota rondaan bit dari Balai Polis Tawau berjaya mengawal keadaan dan menahan wanita terbabit sebelum insiden menjadi lebih buruk.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata sepasukan anggota polis yang sedang menjalankan rondaan dikerahkan ke lokasi sebaik menerima maklumat berkaitan kejadian itu.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati seorang wanita sedang memegang parang sebelum bertindak pantas menahan suspek dan merampas senjata berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek turut menemukan sebilah kapak yang disembunyikan di dalam bonet kereta yang dibawa,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, semua barangan yang dirampas termasuk senjata dan kenderaan digunakan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan lanjut.

“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut