PENYU AGAR BETINA 100KG DITEMUI MATI TERDAMPAR DI TELUK KEMANG

Seekor penyu agar betina yang dianggarkan berusia 50 tahun dan seberat 100 kilogram (kg) ditemui mati terdampar di Pantai Teluk Kemang di sini. Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe, kejadian itu dilaporkan pada Sabtu sekitar jam 8 pagi oleh orang awam yang menyedari kehadiran bangkai penyu berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan luaran atau luka mencurigakan pada badan penyu tersebut. Selain itu, tiada tag pada kaki haiwan itu menyebabkan tidak dapat dipastikan penyu itu datang dari negeri mana. Ini bermaksud ia adalah penyu liar yang hidup di Pantai Barat (Selat Melaka) dan kemungkinan telah mati lebih 48 jam di laut sebelum terdampar di perairan Port Dickson.

Bangkai penyu berkenaan telah direkodkan dari segi ukuran panjang dan berat sebelum ditanam di kawasan berpasir yang tidak akan ditenggelami air laut, mengikut langkah pengurusan sisa haiwan marin yang standard. Pihaknya mengucapkan terima kasih kepada nelayan tempatan yang bertindak pantas memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak berkuasa.

Beliau turut menyeru orang awam, khususnya komuniti nelayan dan pelancong, untuk terus menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa dalam melaporkan sebarang penemuan spesies terancam kepada agensi berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …