Sungai Udang – Majlis Keselamatan Negara, Negeri Melaka (MKN Melaka) telah bekerjasama Dengan Pejabat Penerangan Daerah Melaka Tengah, menganjurkan Program Jiwa Komuniti Madani Sembang Santai Anak Muda, semalam.
Program ini bertujuan mewujudkan platform perbincangan santai bagi anak muda untuk berkongsi pendapat, idea, dan pandangan dalam suasana yang mesra dan terbuka. Ia juga dapat Meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan muda tentang isu-isu semasa, pembangunan diri, dan peranan mereka dalam masyarakat dan membina keyakinan diri serta kemahiran komunikasi melalui sesi soal jawab dan perkongsian bersama panel jemputan.
Antara panel jemputan, YB Norhelmy bin Abdul Halem, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri Melaka, Dr Mohd Nurishaq bin Mohd Faizi, Tokoh Belia Islam Melaka dan Penerima Anugerah Maal Hijrah Negeri Melaka 1446H dan Saudara Mohd Ismanizam Ismail selaku moderator program ini.
Diharapkan program sebegini dapat melahirkan generasi muda yang lebih berani bersuara, berkongsi idea dan pandangan secara matang serta bertanggungjawab. Selain itu dapat membina jaringan persahabatan dan kerjasama antara anak muda dari pelbagai latar belakang bagi memperkukuh perpaduan.
Turut hadir program ini, YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Tuan Shaiful Hizam bin Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah, Puan Noor Adha binti Hashim, Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah dan Encik Mohd Fasarul bin Md Isa, Pengerusi JPKK Bukit Mentangau.
#MKNMelaka
#MajlisKeselamatanNegara
#MalaysiaMadani
#TaatSetia