SABAH MAHU LEBIH RAMAI PEKEBUN CEBURI TANAMAN KOKO

PENGHARGAAN: Jeffrey (tengah) menyampaikan cenderahati penghargaan kepada wakil yang terlibat menjayakan MICF 2025. Turut kelihatan, Chan (dua kanan), Matbali (tiga kiri), dan Ramle (dua kiri).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu melihat lebih ramai petani menceburi bidang penanaman koko dan memperluaskan lagi kawasan tanaman koko seluas 3,000 hektar yang sudah diusahakan di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, terdapat peningkatan permintaan antarabangsa bagi produk koko di Malaysia, dengan nilai eksport mencapai rekod RM15.06 bilion tahun lalu, tiga kali ganda berbanding 2023.

“Kita bangga Sabah memainkan peranan penting dalam kejayaan ini dengan menyumbang lebih 60 peratus daripada pengeluaran koko negara.

“Saya turut gembira kira-kira 3,000 petani koko di daerah Ranau, Tenom, Kota Marudu, Keningau dan Kuamut mendapat manfaat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Koko sempena dengan Festival Koko Antarabangsa Malaysia (MICF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini semalam. Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri  yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Hajiji berkata, majlis berkenaan adalah satu acara penting bagi Sabah dan mencerminkan peranan besar negeri ini dalam industri koko Malaysia.

Selain itu, pihaknya juga memuji Lembaga Koko Malaysia (LKM) atas usaha menggerakkan pencapaian itu.

Sehubungan itu, beliau berharap MICF 2025 dan majlis makan malam itu akan membawa manfaat yang berkekalan.

Katanya, ia meliputi ,perkongsian dan pelaburan baharu kepada peningkatan kesedaran global mengenai kekuatan Sabah, bukan sahaja sebagai negeri pengeluar koko utama di Malaysia, tetapi juga sebagai destinasi untuk perniagaan, pelancongan dan kebudayaan.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pempamer antarabangsa dan pengeluar koko, usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan, institusi akademik, dan kepada penaja dan rakan kongsi, baik dari Malaysia mahupun luar negara, yang menjayakan MICF 2025 ini,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin; Pengerusi LKM Datuk Matbali Musah dan Ketua Pengarah LKM Datuk Dr Ramle Kasin.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

Artikel/Berita Terkini

SIRI KHAS: BAYANG-BAYANG YANG KEMBALI

Bahagian I: Legasi Sebuah Nama — Al-Arqam, Mimpi Sebuah Utopia Suatu ketika dahulu, di tengah kemelut arus modenisasi dan kebingungan …
Maklumat Lanjut

WRUR: 20 PENJAJA DISANTUNI, TERIMA LESEN PERNIAGAAN MBMB

Sungai Udang – Seramai 20 penjaja kecil di kawasan Taman Terendak Permai, di sini, menerima lesen perniagaan daripada Majlis Bandaraya …
Maklumat Lanjut

WRUR BAWA PENTADBIRAN NEGERI MELAKA KE DIMENSI BAHARU

Lendu – Program Wakil  Rakyat Untuk  Rakyat (WRUR) bakal membawa pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka ke satu dimensi baharu, selain lebih …
Maklumat Lanjut