ATEX 2025 ERATKAN KERJASAMA DALAM SEKTOR PELANCONGAN

TERIMA KASIH: Hajiji menyampaikan cenderahati kepada Eddy sambil disaksikan Joniston (dua kanan), Tan (dua kiri), Nigel (kiri) dan Zamani (kanan).

KOTA KINABALU: ASEAN Travel Exchange (ATEX) 2025 yang dijadualkan berlangsung di sini pada 19 Jun bakal menghimpunkan pemain industri pelancongan serantau bagi memperkukuh kerjasama dalam industri pelancongan ASEAN.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor telah dimaklumkan mengenai ATEX 2025 oleh delegasi pemain industri pelancongan di Menara Kinabalu, hari ini.

Presiden Persekutuan Persatuan Pelancongan ASEAN (FATA), Datuk Tan Kok Liang berkata, ATEX 2025 akan menjadi acara pelancongan antarabangsa B2B pertama yang dianjurkan dan dijangka menarik 200 pembeli antarabangsa dan 100 penjual serantau untuk urus niaga, dialog dan kerjasama dalam sektor pelancongan.

Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta organisasi pelancongan utama, ATEX 2025 dijangka menjadi pemangkin dalam meletakkan Sabah di barisan hadapan pasaran pelancongan serantau dan antarabangsa.

Delegasi itu terdiri daripada Presiden Persatuan Pelancongan ASEAN (ASEANTA), Eddy Krismeidi; Presiden Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Nigel Wong serta Pengarah Polisi Global dan Perhubungan Kerajaan AirAsia, Zamani Rafique.

Turut serta dalam delegasi itu ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …