KEBAKARAN MUSNAH TIGA RUMAH, TIGA KENDERAAN

KEBAKARAN: Pemandangan dari udara yang menunjukkan kawasan rumah yang terbakar di Kampung Laut Kinarut Papar.

PAPAR: Tiga rumah dan tiga kenderaan hangus dalam kebakaran kira-kira jam 8 pagi di Kampung Laut Kinarut dekat sini hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah berkata, dua kenderaan terbakar sepenuhnya manakala sebuah motosikal hampir separuh terbakar.

Katanya, ketiga-tiga rumah terbabit jenis tidak kekal yang melibatkan sebuah rumah musnah manakala dua rumah lagi masing-masing hampir terbakar keseluruhannya.

“Operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan dari Jentera Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Putatan dan satu aliran sepanjang 200 kaki satu pancutan dari Jentera BBP Papar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sumber air digunakan dari jentera tangki air BBP Penampang.

Katanya, operasi pemadaman terkawal pada jam 8.39 pagi dan tamat sepenuhnya pada jam 11.08 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Papar memaklumkan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dengan kecederaan serius.

Bagaimanapun, seorang lelaki mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan awal.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …