PPSPM TAWAR PLATFORM IKLAN PADA BOT MELAKA RIVER CRUISE

Bandaraya Melaka – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) semakin agresif dalam mempelbagaikan sumber pendapatannya termasuk menerusi tawaran ruang iklan atau ‘wrapping bot’ pada 24 unit bot Melaka River Cruise (MRC).

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, bagi suku pertama tahun ini sahaja tawaran ruang iklan pada bot MRC menyumbang hasil sebanyak RM400,000.

Mengulas lanjut Shaharul Azuar berkata, jumlah pendapatan melibatkan empat pengiklan yang memperbaharui kontrak, sementara itu dua lagi adalah pengiklan baharu.

“Berbaki tujuh lagi kekosongan untuk mencapai sasaran pengiklanan ‘wrapping bot’ dan PPSPM sedang menilai serta berbincang dengan syarikat atau mereka yang berpotensi.

“Kami yakin akan dapat mencapai sasaran dengan jangkaan sumber hasil pengiklanan sebanyak RM1.3 juta. Sasaran ini adalah munasabah kerana ada dalam kalangan pelanggan kami, kontrak mereka masih belum tamat,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Shaharul Azuar berkata, menariknya pengiklan baharu yang mengikat kontrak wrapping boat bagi tempoh setahun diberikan penambahan masa percuma selama enam bulan.

“Pada tahun 2024 kita menerima iklan ‘wrapping bot’ untuk 32 unit bot MRC,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

600 ANJING TERBIAR DITANGKAP SETAKAT MEI – MBS

Sebanyak 600 ekor anjing terbiar telah berjaya ditangkap oleh kontraktor yang dilantik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam tempoh lima bulan …
Maklumat Lanjut

PROGRAM SEKOLAH ANGKAT MADANI

 Inisiatif ini menghimpunkan tenaga Kerajaan MADANI, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan sektor swasta.  Setiap organisasi yang mengambil …
Maklumat Lanjut

BELI RUMAH MAMPU MILIK BANTU ASNAF DI BAWAH RUMAH MAWADDAH

Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) merancang pembelian rumah mampu milik untuk bantuan perumahan asnaf di bawah …
Maklumat Lanjut