HARGA SANTAN DI MELAKA TIDAK LEBIH RM17 SEKILOGRAM

Pengkalan Batu – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka memaklumkan penetapan harga maksima jualan santan di negeri ini adalah RM17 untuk sekilogram.

Pengarah KPDN Melaka, Dr. Mohd Hazimin Jamaludin berkata, kenaikan harga santan yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan kekurangan bekalan kelapa di pasaran.

Katanya, bagi mengenal pasti kenaikan yang berlaku sebelum ini pihaknya sudah mengadakan libat urus bersama pengusaha dan peniaga santan di negeri ini bagi mengenal pasti punca kenaikan yang berlaku.

“Susulan daripada itu KPDN sudah meletakkan santan di bawah harga kawalan jadi untuk itu harga santan tidak boleh melambung tinggi dan dikawal.

“Fasa-fasa mengatakan harga santan akan naik menjelang Aidilfitri sudah pun berakhir malah sekarang kita berada di pasca Aidilfitri dan bekalan santan di pasaran masih lagi cukup serta harga terkawal.

“Di Melaka harga pasaran santan antara RM15 hingga RM17 setiap sekilogram dan harga paling tinggi RM17,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan pemeriksaan pasca Aidilfitri KPDN Melaka di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Bachang, di sini, hari ini.

Menurut Dr. Mohd Hazimin, sekiranya didapati ada di antara pengusaha atau peniaga santan yang cuba mengambil kesempatan dengan menjual dengan harga lebih tinggi, tindakan akan diambil.

“Apabila KPDN sudah meletakkannya (santan) di bawah harga kawalan, ia tidak boleh melebihi paras harga terbabit sekiranya berlaku penguatkuasa KPDN akan mengambil tindakan serta keluarkan notis.

“Kita juga sudah berjumpa dengan peniaga dan mereka maklumkan bekalan mencukupi jadi daripada situ harga boleh dikawal, yang terjadinya kenaikan harga apabila bekalan tidak mencukupi,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …