OPERASI SANITASI AWAM @ PERPUSTAKAAN KUALA LUMPUR

 

KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2020 (ISNIN) – Proses nyahkuman di Perpustakaan Kuala Lumpur telah dilaksanakan bermula jam 2.30 petang sehingga selesai. Operasi sanitasi ini telah dilaksanakan di seluruh bangunan Perpustakaan Kuala Lumpur yang melibatkan 21 orang petugas daripada Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL. Operasi diketuai oleh Dr. Norhalizam, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Kesihatan Persekitaran JKAS.

Seluruh tingkat, ruang-ruang pejabat, bilik, surau dan tandas telah disembur dengan bahan nyahkuman.

Pekerja kontraktor di PKL juga telah diberikan tunjuk ajar tentang tatacara penyediaan bahan nyahkuman serta cara melaksanakannya.

Tindakan ini adalah untuk memastikan PKL selamat dan bebas daripada virus apabila dibuka kepada awam kelak.

“Keselamatan anda keutamaan kami”

#SayangiKualaLumpur

#welovekualalumpur

#kualalumpurkitapunya

#klwbc2020

#WilayahPrihatin

#KawalanKendiri

 

Sumber: FB Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …