DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Seramai (6) lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 49 tahun telah ditahan dalam (2) serbuan berasingan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Barat Daya di kawasan Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Serbuan pertama dilakukan di sebuah bengkel di Kampung Sungai Batu, di mana (4) lelaki berusia antara 30 hingga 48 tahun ditahan. Hasil pemeriksaan pihak polis turut merampas pelbagai jenis dadah iaitu Heroin 43.85 gram, Syabu 1.73 gram, Ganja 0.30 gram dan Erimin 5 sebanyak 105 biji seberat 29.40 gram.
Nilai rampasan dadah dalam operasi ini dianggarkan RM1,012.75, manakala nilai sitaan empat buah motosikal dianggarkan sebanyak RM8,000.
Serbuan kedua pula menyasarkan (2) lelaki berusia 44 dan 49 tahun yang ditahan di Jalan Kampung Sungai Batu. Rampasan dalam operasi ini merangkumi Heroin 15.30 gram dan Erimin 5 seberat 28.0 gram. Nilai rampasan dadah dalam serbuan ini dianggarkan RM2,382.50.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber : Ibu pejabat Polis Daerah Barat Daya https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484