PGA RAMPAS ROKOK SELUDUP BERNILAI LEBIH RM400,000

SITA: Lori yang membawa rokok seludup berkenaan turut disita.

LAHAD DATU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas rokok seludup dianggarkan bernilai lebih RM400,000 dalam satu operasi di Jalan Segama, di sini, semalam.

Rampasan itu dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 17 PGA Lahad Datu menerusi Op Taring Alpha 1, selepas menahan sebuah lori, kira-kira jam 8.30 malam.

Komander Briged Sabah PGA, Datuk Abdul Rani Alias berkata, pihaknya menerima maklumat risikan mengenai aktiviti penyeludupan rokok di lokasi kejadian.

Katanya, pasukan operasi mengesan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan, sebelum berjaya menahan lori berkenaan untuk pemeriksaan awal.

“Hasil pemeriksaan terhadap lori itu membawa kepada tangkapan seorang lelaki tempatan serta rampasan 192,000 batang rokok bernilai RM401,280.

“Turut disita iaitu sebuah lori lapan tan jenis Nissan serta sebuah telefon bimbit. Menjadikan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM691,730,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

“PGA terus komited dalam membanteras kegiatan penyeludupan yang mengancam keselamatan dan ekonomi negara,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut