PRODUK SEJUK BEKU BERNILAI RM824,244 DIRAMPAS

RAMPAS: Produk sejuk beku dipercayai diseludup masuk ke negara ini dirampas untuk siasatan lanjut. 

KOTA KINABALU: Produk sejuk beku bernilai RM824,244 dipercayai diseludup masuk ke negara ini berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah dalam serbuan di Lahad Datu dan Beluran, semalam.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, bertindak atas maklumat Pasukan Unit Risik, Kompeni B, Batalion 20 PGA Beluran, pihak menyerbu sebuah kedai di Jalan Sapi Nangoh.

Katanya, hasil pemeriksaan, pasukan operasi mengesan aktiviti penyimpanan dan penjualan produk haiwan sejuk beku tanpa permit sah.

“Pemeriksaan terhadap sebuah lori menemukan sebanyak 146 kotak daging ayam sejuk beku yang tidak memiliki sijil import, penjualan, dan penyimpanan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

“Seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang dipercayai penjaga bahan makanan itu terus ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, nilai keseluruhan rampasan termasuk yang digunakan dalam kegiatan ini dianggarkan sebanyak RM228,509 merangkumi produk sejuk beku dan kenderaan lori.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 60(1) Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) kerana menyimpan dan menjual produk haiwan tanpa kebenaran.

“Tangkapan dan semua barang rampasan telah diserahkan kepada pihak Veterinar Sabah untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, serbuan kedua dijalankan di sebuah premis penyimpanan dan penjualan barangan sejuk beku di daerah Lahad Datu.

Abdul Rani berkata, hasil operasi itu, tiga individu berjaya ditahan, manakala pelbagai jenis makanan sejuk beku, peralatan, dan sebuah lori dirampas dengan nilai keseluruhan mencecah RM595,735.40.

“Kes disiasat mengikut Enakmen Haiwan Sabah 2015 serta Peraturan (3) Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …