TUMPAS: Suspek ditahan di atas kapal kargo bersama rampasan 39,780 liter minyak diesel.
KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan kegiatan pemindahan minyak diesel bersubsidi secara haram di perairan Sepanggar, di sini, Isnin lalu.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, sebuah kapal kargo bersama 39,780 liter minyak diesel berjaya dirampas dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM7.1 juta.
Katanya, kejayaan rampasan itu hasil risikan dan pemantauan selama tiga jam oleh Unit Risikan Marin dan bot ronda.
“Empat individu termasuk seorang warga tempatan dan tiga warga asing berusia 33 hingga 56 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen sah bagi pemindahan minyak berkenaan.
“Rampasan dan tanggungjawab dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki dan mengalihkan barang kawalan tanpa kebenaran.
Katanya, pasukan PPM akan terus komited dalam usaha membanteras penyeludupan bahan bersubsidi demi memastikan sumber negara tidak disalahgunakan.
#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah
Sumber: Utusan Borneo Online