AWAS TIPU HELAH INVOIS PALSU DARI JAB. KASTAM

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan kewujudan invois palsu yang meminta penerima membuat pembayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
JKDM sentiasa komited dalam menangani penyebaran sebarang bentuk surat, berita, atau kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Usaha berterusan ini dilakukan bagi memastikan kepentingan awam sentiasa terpelihara.
Sehubungan itu, JKDM menyeru orang ramai agar lebih berwaspada dan membuat semakan serta pengesahan melalui sumber rasmi sebelum mempercayai sebarang maklumat yang diterima. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Panggilan Kastam di talian 𝟏-𝟑𝟎𝟎-𝟖𝟖𝟖-𝟓𝟎𝟎.
Sumber: JKDM

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …