DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)

Seorang lelaki berusia 33 tahun telah ditahan selepas bertindak mengugut seorang juruteknik Coway dengan sebilah parang dalam satu kejadian di Solok Sungai Ara 2, Bayan Lepas. Dalam insiden itu, mangsa yang berusia 21 tahun baru sahaja selesai menjalankan servis mesin air Coway di rumah suspek dan tiba-tiba didatangi oleh suspek yang mengacukan parang serta mengeluarkan ugutan serius dengan berkata “Sekali lagi saya nampak you, saya akan potong kepala you!”.
Bimbang akan keselamatannya, mangsa segera meninggalkan lokasi sebelum tampil membuat laporan polis. Siasatan awal mendapati insiden ini berpunca daripada salah faham dalam komunikasi antara suspek dan isterinya. Difahamkan, isteri suspek tidak memaklumkan kepada suaminya mengenai kehadiran juruteknik tersebut untuk melakukan servis, menyebabkan suspek bertindak agresif apabila melihat individu yang tidak dikenali berada di dalam rumahnya.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah.
Sumber : Ibu Pejabat Polis Daerah Barat DayaΒ https://www.facebook.com/profile.php?id=100064454751484



