PERHILITAN NEGERI SEMBILAN SIASAT DAKWAAN DUA TAPIR BERKELIARAN DI TAMAN PERUMAHAN

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Sembilan sedang memantau dan menyiasat dakwaan kemunculan dua ekor tapir di sebuah taman perumahan di Pedas, Rembau, pada 8 Mac lalu.

Menurut  Pengarahnya, Faizal Izham Pikri, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan daripada penduduk setempat berhubung perkara itu. Pihaknya juga sedang menyiasat dan memantau secara berterusan bagi memastikan kesahihan kejadian itu.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak haiwan liar ini diminta supaya terus membuat laporan kepada PERHILITAN untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, tular video berdurasi 19 saat di media sosial dan aplikasi WhatsApp memaparkan dua ekor tapir berkeliaran di tengah jalan pada waktu malam yang didakwa berlaku di sebuah taman perumahan di Pedas.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …