KEMBARA SAHUR MAIM IMARAH RAMADAN

Ayer Keroh – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus memperkasa program dakwah dan kebajikan sepanjang Ramadan dengan pelbagai aktiviti, termasuk sesi tazkirah, solat tarawih serta program Kembara Sahur di seluruh daerah.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, bagi program kembara sahur ia melibatkan seramai 40 petugas Ihtiram, yang mana 20 petugas akan turun padang untuk menyantuni masyarakat.

“Masyarakat ini disantuni melalui aktiviti serahan pek sahur serta bersahur bersama komuniti setempat di lokasi yang telah ditetapkan.

“Kembara sahur akan berlangsung setiap Sabtu mengikut daerah, bermula dengan daerah Melaka Tengah pada minggu pertama, Alor Gajah pada minggu kedua dan Jasin pada minggu ketiga.

“Program ini bukan sekadar mengagihkan makanan sahur tetapi turut menjadi platform untuk petugas beramah mesra dengan masyarakat, termasuk kunjungan khas ke Rumah Kasih Tun Abdul Aziz bagi bersahur bersama anak-anak di sana,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Selain kembara sahur, Shaifulfazlee berkata MAIM turut mengadakan majlis berbuka puasa bersama jemaah di Madrasah Pulau Besar.

“Setiap hari pasukan khas dihantar ke madrasah tersebut bagi menyampaikan tazkirah dan memimpin solat tarawih bersama jemaah.

“Istimewanya, pada hari tertentu turut diadakan ceramah khas bagi mengimarahkan lagi suasana Ramadan.

“Kita berharap inisiatif ini dapat mengeratkan hubungan antara petugas dan masyarakat selain memberi peluang berkongsi rezeki serta menyemarakkan semangat Ramadan dalam suasana penuh kebersamaan,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …