Lima lelaki yang disyaki cuba menyeludup karkas daging babi hutan untuk dijual ke Thailand telah gagal dalam usaha mereka apabila barangan tersebut dirampas oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam operasi di Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia.
Seorang lelaki ditahan, manakala empat lagi melarikan diri ke Thailand.
Barangan yang dirampas termasuk bot, van, 400kg karkas daging babi hutan, pasport dan pas sempadan dianggarkan kesemuanya bernilai RM42,735.00.
Suspek bersama barangan yang dirampas telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kota Bharu untuk siasatan lanjut.
Sumber: Harian Metro
Artikel/Berita Terkini
507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN
GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …
MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH
PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …
TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH
PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …
