MPHTJ TERIMA ‘4 DIAMOND RATING AWARD’

Ayer Keroh – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menterjemah dan menzahirkan komitmen ke arah pencapaian status Perbandaran Rendah Karbon 2030 menerusi 22 pengiktirafan diterima pada Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron, antara pencapaian utama diraih pihaknya adalah pengiktirafan 4 Diamond Rating Award bagi Kategori Zon-Kawasan MITC dengan kadar pengurangan emisi karbon sebanyak 7,688.76 tCO2eq (30.14%) berbanding ‘baseline’ (bacaan tahun asas).

Katanya, selain itu MPHTJ juga menerima pengiktirafan 4 Diamond Rating Award bagi Kategori Rakan Kongsi-Kompleks Melaka Mall dengan jumlah pengurangan emisi karbon sebanyak 1,975.77 tCO2eq (43.63%) berbanding baseline.

“Saya percaya atas usaha, semangat dan komitmen seluruh warga kerja MPHTJ, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini berpotensi untuk maju ke hadapan dengan meneruskan amalan hijau.

“Kepada semua kakitangannya perlu sentiasa bekerjasama bagi memastikan segala agenda dan hala tuju dirangka MPHTJ dapat dilaksanakan dengan baik.

“Saya juga amat menghargai komitmen semua kakitangan yang hadir untuk berhimpun pada majlis ini dan menjadikan ia sebagai kewajipan dalam memastikan agenda kita seiring dengan pelan tindakan yang baik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MPHTJ bulan Februari 2025 anjuran Jabatan Penguatkuasaan di Kompleks Melaka Mall, di sini, baru-baru ini.

Mengulas mengenai pencapaian MPHTJ Sapiah berkata, sementara itu 20 lagi pengiktirafan diraih oleh rakan strategik Hang Tuah Jaya di dalam pelaksanaan Agenda Rendah Karbon Hang Tuah Jaya adalah yang melibatkan 8 buah sekolah, 10 bangunan di dalam institusi pengajian tinggi, 2 buah Bangunan Pejabat Kerajaan dan 1 masjid.

Terdahulu, Sapiah mengiringi Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, menerima anugerah berkenaan yang disampaikan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …