RM2.1 JUTA TANAMAN DIRAMPAS PGA DI KELANTAN

Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan tanaman dalam Op Taring WAWASAN Kelantan di Rantau Panjang pada 3 Mac 2025.

Dua lori yang mencurigakan ditahan di Kampung Kedap dan Kampung Kubang Rambutan, dengan pemeriksaan menemui lebih 15,000 anak pokok durian belanda dan 23 pokok bonzai hitam yang disyaki diseludup dari Thailand.

Tanaman tersebut dipercayai mengandungi serangga perosak dan penyakit.

Dua suspek lelaki berusia 30 dan 25 tahun ditahan dan nilai rampasan dianggarkan RM 2.1 juta. Kes ini disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …