KADAR ZAKAT FITRAH DI SABAH TAHUN INI KEKAL RM7.50

ZAKAT FITRAH: Yahya (lima kiri) bersama tetamu jemputan lain menunjukkan kadar bayaran zakat fitrah berjumlah RM7.50 bagi negeri Sabah tahun ini. 

KOTA KINABALU: Kadar zakat fitrah di Sabah tahun ini kekal pada kadar RM7.50 mengikut ketetapan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, kadar itu berasaskan sukatan satu gantang baghdad atau bersamaan 2.7 kilogram (kg) beras yang dimakan oleh majoriti penduduk negeri Sabah.

Katanya, tahun ini juga MUIS melancarkan penggunaan sistem QR Pay Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB BIZ).

Menurutnya, sistem pembayaran menggunakan kod QR itu untuk bayaran zakat fitrah serta menerima bayaran zakat perniagaan dari Bank Islam Malaysia Berhad.

Beliau berkata, langkah itu juga selaras dengan matlamat pendigitalan di seluruh negara terutama bagi memudahkan masyarakat Islam membayar zakat fitrah tanpa perlu menggunakan wang tunai.

“Jumlah pungutan dan agihan zakat harta dan zakat fitrah pada tahun lepas adalah sebanyak RM135,453,360.65.

“Daripada jumlah itu, sebanyak RM122,358,037.15 diperoleh bagi pungutan zakat harta manakala, pungutan zakat fitrah berjumlah RM12,095,323.50,” katanya pada majlis Pengisytiharan Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah 1446H/2025 di sini hari ini.

Yahya berkata, tahun ini, Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS menyasarkan sebanyak RM155 juta untuk pungutan zakat dan fitrah.

Katanya, pungutan zakat fitrah dijangka berjumlah RM12.6 juta manakala, pungutan zakat harta dijangka berjumlah RM142.4 juta.

Selain itu jelasnya, jumlah pembayar zakat fitrah bagi 2024 adalah seramai 1,612,556 orang iaitu meningkat seramai 5,369 orang pembayar atau 0.33 peratus berbanding 1,607,187 orang pada 2023.

Menurutnya, tahun lalu, Bahagian Zakat dan Fitrah MUIS berjaya membuat agihan kepada asnaf sebanyak RM147,206,600.38 untuk 114,044 orang asnaf.

Katanya, bagi lebihan yang tidak sempat diagih pada hujung tahun lalu, ia mula diagih pada awal tahun ini.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …