Ancaman teknologi deepfake semakin meningkat di Malaysia, dengan penjenayah siber menggunakan AI untuk memanipulasi suara, wajah dan identiti digital bagi tujuan penipuan.
Ini termasuk ‘voice cloning’ dan ‘facial re-enactment’ untuk memperdaya mangsa.
Pada tahun lepas, 454 kes penipuan deepfake dilaporkan dengan kerugian RM2.272 juta.
CyberSecurity Malaysia (CSM) telah mengambil langkah proaktif untuk mengesan kandungan palsu menggunakan teknologi AI dan pembelajaran mesin.
Walau bagaimanapun, Malaysia belum mempunyai undang-undang khusus untuk mengawal selia deepfake, meskipun kandungan tersebut boleh didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
CSM juga melaksanakan program kesedaran untuk mendidik orang ramai mengenai ancaman ini.
Sumber: Bernama



