RM800 JUTA DIPERLUKAN UNTUK PAKEJ 2 DAN 4 PROJEK TEBATAN BANJIR PENAMPANG

TINJAU: Zahid dan Ewon ketika dalam lawatan kerja itu.

PENAMPANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebanyak RM800 juta diperlukan untuk melaksanakan Pakej 2 dan Pakej 4, projek tebatan banjir Penampang.

Beliau berkata, peruntukan tambahan itu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Katanya, beberapa pakej rancangan tebatan banjir (RTB) telah dilaksanakan tetapi masih ada pakej belum selesai dan perlu dibuat bagi mengatasi masalah banjir di kawasan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan.

“Kita memerlukan sehingga RM800 juta peruntukan tambahan yang akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 untuk dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan ke Projek RTB Persekitaran Kawasan Lido, Bandaraya Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Turut mengiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick.

Rancangan Tebatan Banjir Lido yang merangkumi pembinaan kolam takungan dan pembinaan pam serta sistem untuk menghalang kemasukan air pasang adalah sebahagian daripada program Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Moyog yang membabitkan daerah Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu.

Projek itu dijadualkan siap pada Mac ini namun syarikat kontraktor yang dipertanggungjawabkan mendapat tambahan masa sehingga Jun tahun depan berikutan kelewatan penyiapan kerja-kerja.

Ditanya mengenai kelewatan itu, Ahmad Zahid berkata, ia disebabkan pemindahan utiliti dan pengambilalihan tanah.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, secara keseluruhannnya sebanyak RM22 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan RTB di kawasan yang sering dilanda banjir seluruh negara.

Katanya, jumlah itu meliputi kawasan yang sedang dikenal pasti untuk pelaksanan projek bagi mengatasi masalah banjir pada masa hadapan.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …