WABAK KUSTA: DUA KAMPUNG ORANG ASLI DI KUALA PILAH DIKUARANTIN

Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah kini dikuarantin selepas kedua-dua kampung berkenaan dijangkiti wabak kusta yang menyebabkan seorang penduduk meninggal dunia, Isnin lalu.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, sebagai langkah berjaga-jaga, kerajaan negeri bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) juga menutup Pusat Reakreasi Jeram Tengkek bagi mengelakkan penularan wabak. Pejabat kesihatan daerah telah mengesahkan jumlah bilangan pesakit di kampung berkenaan dan saringan secara agresif sudah dijalankan kepada semua penduduk di kedua-dua kampung terbabit.

Bagaimanapun hanya 65 peratus penduduk yang sudah menjalani pemeriksaan dan saringan itu. Pada Sabtu lalu, KKM sudah membuat saringan dan bagi mereka yang belum menjalani saringan akan dibuat pada Sabtu ini

Sepanjang kuarantin, segala bekalan makanan serta keperluan untuk penduduk di kedua-dua kampung itu akan diuruskan oleh wakil rakyat kawasan dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kampung.

Maklumat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memaklumkan pihaknya mula mengesan mengenai penularan wabak terbabit pada 2 Januari lalu, selepas sembilan penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan dijangkiti kusta. Daripada sembilan penduduk itu, lima dikesan dari Kampung Orang Asli Chergun manakala empat dari Kampung Guntur. Mangsa yang meninggal dunia di rumahnya selepas mengalami demam selama seminggu, manakala yang lain kini diarah kuarantin di rumah masing-masing.

Sumber: Berita Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …