#RONDARABU: BENEFIGS – LADANG BUAH TIN PANTAI TIMUR DI PASIR PUTEH

Seorang pengasas rumah kebajikan, berjaya mengusahakan tanaman buah tin di Ladang Buah Tin Pantai Timur, Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh.

Tanaman menggunakan kaedah fertigasi dan rumah hijau itu menghasilkan buah seberat 120 gram sebiji.

Ladang ini diusahakan dengan tujuan untuk menjana dana bagi operasi pusat penjagaan warga emas, pelindung wanita, dan rumah anak yatim.

Tanaman ini cepat berbuah dalam masa dua bulan dan masak dalam tempoh empat bulan.

Buah tin yang dihasilkan dijual pada harga RM65 sekilogram dan pengunjung ladang dapat menikmati ais krim daripada buah tin segar.

Selain itu, ladang ini juga menyediakan peluang agro pelancongan dengan rancangan mini zoo di masa depan, yang diharap dapat meningkatkan ekonomi setempat.

Jom support!

 

Sumber: Sinar Harian, AY Benefigs

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …