JBS KELANTAN LONJAK POTENSI ATLET PARA SUKMA

Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Kelantan berkomitmen untuk memperkemaskan barisan petugas sokongan bagi meningkatkan prestasi atlet orang kurang upaya (OKU) negeri menjelang Sukan Para Malaysia (Para Sukma) akan datang.

JBS Kelantan akan memberi tumpuan kepada aspek latihan, sokongan teknikal dan pengurusan atlet untuk mencapai sasaran Kelantan berada dalam kelompok tiga terbaik pada Para Sukma 2028.

Selain itu, JBS Kelantan juga merancang untuk meningkatkan tenaga kerja sokongan, termasuk jurulatih dan pegawai pemantau, bagi memastikan atlet mendapat perhatian yang rapi dalam latihan, pemulihan kecederaan dan bimbingan psikologi.

Program latihan dijalankan di Kompleks Belia dan Sukan Kelantan, dengan fasiliti yang sedia ada. Atlet powerlifting Kelantan menunjukkan prestasi cemerlang dan potensi turut dilihat dalam sukan boccia dan lontar lembing.

Pemilihan atlet untuk Sukma 2026 masih dalam penilaian dan atlet terbaik akan dipilih untuk mewakili Kelantan.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …