HORMATI PERATURAN LARANGAN PASANG KHEMAH DI PD, ELAK MAKSIAT – MB

Orang ramai diharap dapat menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di daerah terbabit. Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, peraturan itu dibuat bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti isu kebersihan dan maksiat.

Pihaknya sentiasa terbuka(terima pandangan) dan beliau berharap masyarakat menghormati peraturan yang telah dibuat. Kalau tiada peraturan, lagi susah. Kalau tiba-tiba esok, ada kes rogol dalam khemah, yang dipersalahkan nanti pihak berkuasa tempatan(PBT) dan Menteri Besar kerana telah bagi kebenaran.

Menurutnya, pihaknya telah cuba menyelesaikan isu khemah biru yang menjadi rungutan ramai selama ini dengan tidak lagi membenarkan pemasangan khemah di pantai. Namun apa yang dikesalkan kata Aminuddin, timbul pula isu ketidakpuasan hati berhubung larangan pemasangan khemah awam ditetapkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) sehingga adanya saranan memboikot kawasan peranginan berkenaan.

Apa yang penting, masyarakat perlu diberi kesedaran bahawa pantai adalah milik umum dan pada masa sama perlu juga sensitif terhadap nasib para peniaga. Jangan esok kita boikot, kita merugikan bangsa kita sendiri. Orang tempatan sediakan khemah, kita serang dia, tapi orang luar boleh datang bila-bila masa. Jangan ikut perasaan, tetapi kita tengok keselamatan, kesesuaian, adab dan suasana.

Sebelum ini media melaporkan rugutan warganet berbuka peraturan pemasangan khemah di kawasan peranginan itu di media sosial selepas tular video hebahan bergerak MPPD mengenai larangan pemasangan khemah di pantai awam Port Dickson. Perkongsian video tersebut di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi warganet yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan peraturan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …