RAMPASAN KAYU BERNILAI RM2.28 JUTA OLEH PGA DI KELANTAN

Pada 11 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Briged Tenggara, berjaya merampas kayu yang diproses secara haram di Kampung Sebidang, Tumpat, dalam operasi Op Taring WAWASAN Kelantan.

Pemeriksaan di sebuah kilang kayu mendapati ia beroperasi tanpa lesen sah dari Jabatan Perhutanan.

Sebanyak 749 batang kayu yang sudah dipotong, 9 batang kayu bulat pelbagai saiz, serta beberapa mesin memproses kayu ditemui.

Kilang itu dipercayai menjual kayu ke pasaran tempatan.

Rampasan berjumlah RM2.28 juta dan suspek seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 3(2) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1985.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …