OPS SAPU & OPS SELERA: 14 PATI DITAHAN DI TERENGGANU

𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔, 𝟏𝟏 𝐅𝐞𝐛𝐫𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟓 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu telah melaksanakan operasi penguatkuasaan Ops Sapu dan Ops Selera di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, dan Hulu Terengganu. Operasi bermula pada jam 8.00 malam 10 Februari 2025 hingga 6 pagi 11 Februari 2025 dan dikendalikan oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu. Sebanyak enam premis diperiksa dalam operasi ini, melibatkan pemeriksaan terhadap 48 individu yang terdiri daripada warga asing.
Hasil pemeriksaan, seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia antara 4 hingga 35 tahun telah ditahan, termasuk 11 lelaki, seorang wanita, serta dua kanak-kanak. Mereka terdiri daripada dua warga Bangladesh dan 12 warga Indonesia.
Antara lokasi yang mencatatkan tangkapan adalah sebuah rumah pekerja peladang di Kampung Pelam, Telemong, Hulu Terengganu (3 warga Indonesia), sebuah rumah di Kampung Hulu Sat, Kuala Berang (2 warga Bangladesh dan 2 warga Indonesia), rumah pekerja di Felda Bukit Kesing 1, Kuala Berang (2 warga Indonesia), serta sebuah rumah di Kampung Lebak, Sekayu, Kuala Berang (5 warga Indonesia termasuk dua kanak-kanak).
Kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. Mereka disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, hukuman penjara, atau tindakan pengusiran.
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus memperhebat operasi penguatkuasaan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin dan memastikan pematuhan undang-undang imigresen. Orang ramai digalakkan untuk menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Sumber: JIM Terengganu

Artikel/Berita Terkini

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ TEMA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA (HKHM) 2025

‘𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈: 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐃𝐢𝐬𝐚𝐧𝐭𝐮𝐧𝐢’ merupakan tema Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025 yang menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan …
Maklumat Lanjut

AKSI INTIM DI MEDIA SOSIAL: MENGAUT UNTUNG ATAU MEMPERJUDIKAN MARUAH BANGSA?

“Apabila nafsu dijadikan komoditi, dan privasi dijual beli seperti barang pasar, maka nilai sebuah maruah tidak lagi bermakna.” Fenomena merakam …
Maklumat Lanjut