3,000 ANAK POKOK DURIAN BLACKTHORN BERNILAI HAMPIR RM 1 JUTA DIRAMPAS PGA DI KELANTAN

Pada 9 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan penyeludupan 3,000 anak pokok durian jenis duri hitam (black thorn) dalam operasi Op Taring WAWASAN Kelantan di Rantau Panjang.

Lori yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan di Kampung Parit Air dan pokok-pokok tersebut dipercayai diseludup dari Thailand.

Tanaman itu disyaki membawa serangga perosak dan penyakit.

Nilai rampasan dianggarkan RM900,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut