PGA RAMPAS ORKID SELUDUP BERNILAI RM2 JUTA DI KELANTAN

Pada 9 Februari 2025, Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan tanaman hiasan dalam operasi Op Taring WAWASAN Kelantan di Rantau Panjang.

Sebuah kenderaan yang mencurigakan ditahan di Kampung Parit Air dan pemeriksaan mendapati 4,000 pokok bunga orkid disyaki diseludup dari Thailand.

Tanaman ini dipercayai membawa serangga perosak dan penyakit. Pemandu berusia 59 tahun ditahan sebagai penghantar tanaman ke pasaran tempatan.

Nilai rampasan dianggarkan RM2 juta dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.

 

Sumber: Briged Tenggara PGA Rasmi

Artikel/Berita Terkini

PANGGILAN SENYAP BUKAN SEMESTINYA SELAMAT!

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  PANGGILAN SENYAP …

TANGKAPAN CURI KABEL OLEH BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK) IPD ALOR GAJAH

Alor Gajah – Kejayaan besar dicatatkan Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah apabila …

PROGRAM DIDIK KESELAMATAN JALAN RAYA

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2026-2030 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi)  Keselamatan jalan …