SINDIKET PENYELUDUPAN BARANG KAWALAN TUMPAS

BERKAS: Semua suspek terbabit ditangkap dan diserahkan kepada KPDN Tawau untuk siasatan lanjut.

TAWAU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan empat lelaki termasuk seorang warga asing selepas disyaki terbabit dengan aktiviti penyeludupan barang kawalan di Jalan Tawau Lama, di sini semalam.

Dalam kejadian itu, pasukan serbuan turut membuat rampasan barang kawalan beserta beberapa buah kenderaan dan bot yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Pemangku Superintenden Anselinus Marcus berkata pihaknya menerima maklumat risikan mengenai kegiatan penyeludupan barang kawalan di kawasan berkenaan.

Katanya, Team Risik Batalion 14 PGA Tawau bersama Task Force Perisikan diketuai Asisten Superintenden Mohd Rafail Rabbahil menjalankan serbuan di sebuah rumah atas air di lokasi berkenaan.

“Hasil serbuan, menemukan pelbagai barang kawalan dan mendapati berlaku aktiviti urusniaga yang dibuat di dalam sebuah rumah, bukannya di premis kedai atau gudang berlesen.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada sebarang dokumen yang sah membuktikan pemilik rumah berkenaan boleh menyimpan barang terkawal dengan kuantiti banyak,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

RAMPAS: Antara barang kawalan yang berjaya dirampas dalam operasi serbuan berkenaan.

Menurutnya, modus operandi suspek adalah memunggah barang kawalan berkenaan ke bot dengan pantas untuk dibawa ke negara jiran melalui jalan laut.

“Semua rampasan termasuk barang kawalan, tiga buah lori dan enam bot laju beserta enjin dipercayai milik suspek terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut.

“Suspek dan rampasan itu kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Tawau dan kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Untuk rekod, pada 28 Januari lepas, Team Risik Batalion 14 PGA Tawau turut merampas mercun dianggarkan bernilai RM100,000 di sebuah premis di Taman Hot Spring Tawau.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

 

Artikel/Berita Terkini

ARTIFAK DARI BELANDA BUKTI KEHEBATAN MELAKA

Lendu – Usaha Kerajaan Negeri untuk membawa pulang artifak bersejarah Negeri Melaka sekian lama tersimpan di Belanda mendapat perhatian positif …
Maklumat Lanjut

TIGA PELABUHAN BAHARU DILULUSKAN DI MELAKA

Kuala Linggi – Kerajaan Negeri telah mendapat kelulusan untuk membina tiga pelabuhan laut dalam baharu membabitkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi …
Maklumat Lanjut

RUKUN HAJI

Rukun Haji Ada Enam (6) Niat Ihram Haji ⁠Wuquf di Arafah ⁠Tawaf di Kaabah ⁠Sa’ie di antara Bukit Safa dan …
Maklumat Lanjut