KELANTAN DIJANGKA ALAMI MUSIM KEMARAU AWAL – BOMBA

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan bersiap sedia menghadapi kemungkinan musim kemarau yang dijangka berlaku lebih awal tahun ini.

Pengarah JBPM Kelantan, Farhan Sufyan Borhan, memaklumkan bahawa pembakaran terbuka di negeri ini meningkat hampir 40% pada tahun 2023 dan 2024.

Meskipun peralihan monsun dijangka bermula pada bulan Mac, keadaan kering di Kelantan dijangka lebih awal, menyebabkan risiko kebakaran terbuka, terutama di kawasan tanah gambut.

JBPM Kelantan telah menerima empat pam berkapasiti tinggi dan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk meningkatkan perkhidmatan dalam menangani kebakaran terbuka.

Terdapat sembilan kawasan panas di tiga daerah utama iaitu Pasir Mas, Pasir Puteh, dan Bachok.

 

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …