TERENGGANU PERKASA SUKAN BENDUNG MASALAH SOSIAL KALANGAN BELIA

Kerajaan Terengganu sedang giat merangka strategi bagi memperkasakan sektor sukan sebagai langkah membendung masalah sosial dalam kalangan belia di negeri Terengganu.

Selaras dengan kebimbangan terhadap peningkatan gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah dan penggunaan ‘vape’ berasaskan bahan terlarang, kerajaan negeri melihat sukan sebagai medium terbaik untuk menarik golongan muda kepada aktiviti yang lebih sihat dan bermanfaat.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan Dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim, kerajaan negeri sedang menyusun agenda sukan yang lebih kompetitif bagi memastikan belia tidak sekadar bersukan untuk berseronok, tetapi turut mempunyai hala tuju yang lebih jelas dalam bidang tersebut.

Oleh itu, salah satu inisiatif utama yang bakal diperkasakan ialah aktiviti berbasikal di Terengganu, yang suatu ketika dahulu diiktiraf sebagai ‘Land of Cyclists’. Ini adalah kerana, penglibatan belia dalam sukan berbasikal itu semakin berkurangan dan perlu dihidupkan kembali.

Pada tahun 2025 ini, acara seperti ‘fun ride’ akan diperbanyakkan supaya belia menantikan dan teruja untuk menyertai aktiviti sebegini dan berharap dengan adanya program seperti ini, dapat membantu membendung masalah sosial dalam negeri.

Selain sukan berbasikal, kerajaan negeri turut merancang untuk memperkenalkan lebih banyak program lain yang bakal dapat memberi impak positif kepada pembangunan belia.

Sumber: TRDI

Artikel/Berita Terkini

PEMBUKAAN PUSAT MEDIA SEMPENA PRU DEWAN UNDANGAN NEGERI MELAKA KE-16

𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐊𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔Pusat Media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri, Negeri Melaka …

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM

AADK NEGERI MELAKA LAKSANA KEMPEN KESEDARAN AWAM SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI MELAKA Melaka – Agensi Antidadah …

PERKUKUH SINERGI INSTITUSI, MANTAPKAN KESELAMATAN NEGERI : KETUA POLIS MELAKA

 Melaka – Ketua Polis Melaka, YDH DCP Datuk Wira Dzulkhairi bin Mukhtar, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang …