DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025
NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK
(Integrasi Dasar & Operasi)
Unit Operasi JPJ Negeri Pulau Pinang bersema JSPT Bukit Aman dan JAS serta pihak PLUS Berhad telah melaksanakan penguatkuasaan khas gempur teknikal terhadap kenderaan perdagangan yang membawa lebih muatan melebihi had dibenarkan dan pelbagai kesalahan teknikal dan Ops motosikal di Plaza Tol Sungai Dua semalam. Penguatkuasaan bermula jam 8.00 malam hingga 12.00 malam, dengan kekuatan seramai 39 anggota dan pegawai.
Penguatkuasaan ini bertujuan memastikan pemandu dan pengusaha kenderaan perdagangan serta penunggang motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuatkuasa di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah dibawahnya serta Akta Pengangkutan Awam Darat APAD 2010 (Akta 715).
Kesalahan dikesan kenderaan perdagangan membawa lebih muatan, serta kesalahan teknikal tayar haus berlebihan, lampu brek dan isyarat tidak berfungsi, pasang strobe light tanpa kebenaran, ubah suai kenderaan dan tidak selenggara kenderaan dengan baik. Kesalahan penunggang motosikal, tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dibenarkan dan ubahsuai motosikal tanpa kebenaran. Sebanyak 231 notis saman dan kesalahan teknikal telah dikeluar oleh JPJ, 29 notis saman JSPT dan JAS uji meter sebanyak 27, gagal uji 2 notis dan 1 arah periksa semula.
Sumber : JPJ Negeri Pulau PinangΒ https://www.facebook.com/JPJPulauPinang