MAJLIS PELUNCURAN AGENSI KAWALAN DAN PERLINDUNGAN SEMPADAN MALAYSIA (AKPS)

Majlis Peluncuran Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) pada 2 Februari 2025 oleh YAB TPM  Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof menandakan penubuhan sebuah agensi baru di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertujuan menyatukan pelbagai fungsi penguatkuasaan sempadan di bawah satu agensi tunggal.

AKPS bertujuan untuk meningkatkan kawalan sempadan yang lebih cekap, mengurangkan birokrasi, serta memudahkan proses perdagangan dan perjalanan.

Agensi ini juga akan memanfaatkan teknologi canggih, termasuk kecerdasan buatan (AI), untuk meningkatkan keselamatan dan memperkemas penyampaian perkhidmatan.

Objektif utama AKPS adalah untuk menyatukan fungsi penguatkuasaan sempadan, memudahkan aktiviti perdagangan dan perjalanan, memperkukuh keselamatan sempadan, meningkatkan penyampaian perkhidmatan, serta melindungi keselamatan sempadan negara melalui kolaborasi antara pelbagai agensi keselamatan.

Inisiatif ini juga dijangka memberi impak positif kepada kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk utama dalam rantau ASEAN, sambil mempersiapkan negara untuk Tahun Melawat Malaysia 2026.

 

Sumber: FB TPM Fadillah Yusof

Artikel/Berita Terkini

Projek Naik Taraf Gerai Tok Lam

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU JPM Terengganu) bersama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) terus komited memantau kelancaran projek menaik …

MARDI Perketat SOP Keselamatan Ladang

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengambil langkah segera memperketat Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan di seluruh stesen penyelidikannya …

PERANGKAAN DEMOGRAFI MALAYSIA, SUKU TAHUN KETIGA 2026

Penduduk Malaysia dianggarkan 34.4 juta pada suku tahun ketiga 2026 berbanding 34.3 juta pada suku tahun ketiga 2025 dengan pertumbuhan …