CENDERAHATI UNTUK PENGUNJUNG BELI PAKEJ ‘SUNSET VIEW’ – MTSB

Banda Hilir – Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) akan menawarkan cenderahati kenangan kepada setiap pengunjung yang membeli pakej Sunset View.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nur Azan Hassan berkata menerusi pakej itu pengunjung dapat menikmati pengalaman menyaksikan keindahan waktu senja di pelantar pemandangan pada ketinggian 80 meter.

“Kami menyediakan produk baharu iaitu pakej Sunset View selama 10 hari, alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan.

“Bagi menghargai pengunjung yang membeli pakej ini, kami juga memberi cenderahati sebagai kenangan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Katanya, pakej itu juga menjadi salah satu tarikan baharu buat pengunjung yang memilih untuk bercuti atau bersantai di Negeri Melaka.

“Mungkin masa diberikan untuk menikmati ‘sunset’ tidak lama, tetapi ia kenangan yang sangat indah buat pengunjung terutama mereka yang datang bersama keluarga,” katanya.

Untuk rekod pakej itu menawarkan harga tiket RM25 untuk dewasa, RM20 kanak-kanak dan RM16 bagi warga emas.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …