PRODUK KOSMETIK SELUDUP BERNILAI RM126,210 DIRAMPAS

RAMPAS: Semua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai produk kosmetik bernilai RM126,210 dipercayai cuba diseludup masuk dari negara jiran di kawasan laut Sisipan, di sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, pihaknya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan, kira-kira, jam 5.30 petang.

Katanya, pasukan serbuan markas operasi PPM Semporna terus menahan bot berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan ke atas barang yang dibawa.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan telah menemukan 15 kotak yang mengandungi pelbagai barangan kosmetik dipercayai dari negara jiran

“Pemeriksaan lanjut mendapati barang kosmetik berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah sebagai pemilikan, kebenaran berdaftar, resit belian serta pengguna barang,” katanya dalam kenyataan media, di sini.

Nazri berkata, semua barang rampasan yang dianggarkan bernilai RM126,210 itu dibawa ke Markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan lanjut.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya menyimpan sesuatu barangan tanpa mempunyai permit yang sah bagi tujuan komersial,” katanya.

 

#MalaysiaMadani
#taatsetia
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
#mknsabah

 

Sumber: Utusan Borneo Online

 

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …