621 MASJID SELURUH KELANTAN TERIMA SUMBANGAN IHYA’ RAMADAN DARIPADA MAIK

Pada 30 Januari 2025, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyumbang RM670,000 kepada 621 buah masjid di seluruh Kelantan untuk melaksanakan aktiviti Ihya’ Ramadan.

Sumbangan ini bertujuan memastikan program dan aktiviti Ramadan tahun ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada jemaah.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Dato’ Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berharap sumbangan tersebut dapat membantu masjid dalam menjayakan program yang dapat memperkaya ibadah dan menguatkan ketakwaan umat Islam.

Beliau juga mengingatkan agar program-program Ramadan turut memfokuskan pembangunan ruh insaniah bagi meningkatkan kualiti ibadah dan mendekatkan masyarakat dengan masjid.

Selain itu, Tengku Rizam mengucapkan terima kasih kepada pegawai masjid atas usaha mereka dalam membantu promosi kutipan zakat, agihan zakat dan wakaf untuk membantu asnaf serta dana awam baitulmal.

 

Sumber: UPKN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

LEBIH 90 PERATUS MYKIOSK DI NEGERI SEMBILAN SUDAH DIISI

Lebih 90 peratus kios MyKiosk di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Negeri Sembilan telah diisi dengan peniaga …
Maklumat Lanjut

TEMA HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA 2025

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2025. RASIONAL TEMA Cerminan visi kerajaan …
Maklumat Lanjut

𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗧 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔-𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗣𝗜𝗛𝗔𝗞

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) JANGAN BERI …
Maklumat Lanjut