MAIM SEDIA KERJASAMA MAJUKAN TANAH WAKAF

Bandaraya Melaka – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) sedia menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk membangunkan hartanah wakaf yang diuruskan agensi berkenaan sebagai produk pelancong.

Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, dengan lokasi yang strategik khususnya sekitar Jonker Walk ia memberi pelbagai kelebihan kepada pihak yang berminat untuk beroperasi di premis milik agensi itu.

“Kita amat mengalu-alukan kepada pihak yang berminat untuk tampil bagi jalinkan kerjasama seperti yang dilaksanakan bersama PERZIM (Perbadanan Muzium Melaka).

“Sekitar Jonker Walk sahaja kita mempunyai enam unit premis perniagaan yang boleh diusahakan iaitu lima unit di Jalan Hang Kasturi dan satu premis lagi di Jalan Kampung Kuli.

“Sekiranya terdapat agensi atau syarikat yang ingin mengusahakan, misalnya dimajukan sebagai produk tarikan pelancong kita boleh lakukan naik taraf serta baik pulih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Tapak Kerja Menaiktaraf Rumah Munsyi Abdullah yang turut dihadiri Pengurus Besar PERZIM, Erne Hamsah di Kampung Ketek, hari ini.

Menurut Shaifulfazlee, kejayaan jalinan kerjasama bersama PERZIM dalam merealisasikan Galeri Munsyi Abdullah membuktikan MAIM komited dalam kepercayaan diberikan pewakaf.

“Sekiranya PERZIM selepas ini ingin meneruskan lagi kerjasama kita sedia menerima dan melihat kesesuaiannya.

“Selain di kawasan Jonker Walk ini, kita juga mempunyai hartanah di lokasi lain seperti di Taman Merdeka Permai, Pusat Perniagaan Klebang, Taman Botani Park Land dan Bukit Katil Damai,” katanya.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …