KPDN KELANTAN TURUN PADANG PANTAU HARGA SEMPENA SHMMP TAHUN BARU CINA 2025

Pada 26 Januari 2025, YBrs. Tuan Hj. Azman bin Ismail, Pengarah KPDN Kelantan, telah memantau harga di Pasaraya Pacific KB Mall sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 yang berlangsung dari 25 Januari hingga 2 Februari 2025.

Skim ini melibatkan 16 jenis barangan yang dikawal harga, berbanding 11 barangan pada tahun 2024.

Inisiatif ini bertujuan untuk menstabilkan harga barangan keperluan dan membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang meningkat semasa musim perayaan.

Selain itu, KPDN turut mengadakan Jualan Rahmah Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di pasaraya terpilih dan menganjurkan program ‘Back to School’ untuk menyediakan barangan persekolahan pada harga istimewa.

Program ini dilaksanakan di seluruh negara bagi membantu ibu bapa membuat persiapan persekolahan anak-anak dengan lebih mudah dan menjimatkan.

 

Sumber: FB KPDN Kelantan

Artikel/Berita Terkini

MKN SELANGOR PERKASA KESEDARAN KESELAMATAN NEGARA MELALUI PROGRAM BICARA EKSEKUTIF GURU MUDA MADANI 2026

SUNGAI BULOH, 5 NOVEMBER 2026 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Selangor, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama strategik Jabatan Pendidikan …

PENGHANTARAN PULANG DAN PENEMPATAN SEMULA KEKAL SEBAGAI KEUTAMAAN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Kementerian Luar Negeri terus mengusahakan kerjasama dengan negara asal dan negara ketiga bagi penyelesaian jangka …

DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP)

TUJUAN DOKUMEN PENDAFTARAN PELARIAN (DPP) Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) bertujuan membantu Kerajaan mengurus pelarian di Malaysia secara lebih tersusun, selamat …