BAUCAR RM15 DI SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MELAKA, 8 FEBRUARI INI

Kesidang – Pengunjung yang hadir ke Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka 2025 bakal menerima baucar RM15 bagi membeli pelbagai juadah makanan yang disediakan.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri berkata, sambutan penuh kemeriahan itu akan diadakan pada 8 Februari depan bertempat di Jalan Rahmat 4, Malim Jaya.

Selain itu, beliau yang juga pengerusi bersama sambutan memaklumkan, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah, selain pelbagai persembahan menarik yang disediakan.

“Saya ingin menjemput semua untuk hadir pada 8 Februari ini untuk bersama merai dan memeriahkan Majlis Sambutan Perayaan tahun ini.

“Selain baucar RM15, terdapat banyak aktiviti-aktiviti menarik lain termasuk cabutan bertuah akan diadakan pada hari majlis itu nanti,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi beliau.

Terdahulu, Allex telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan majlis sambutan berkenaan yang turut dihadiri jabatan serta agensi kerajaan terlibat.

Sumber : Melaka Hari Ini (MHI)

Artikel/Berita Terkini

MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI

 “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” bukan sekadar tema — ia lambang komitmen kerajaan dalam membina negara yang berteraskan nilai kemanusiaan, keadilan …
Maklumat Lanjut

NEGERI SEMBILAN SUDAH BERSEDIA HADAPI KEMARAU

Kerajaan Negeri Sembilan sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan cuaca panas dan kering yang dijangka melanda berterusan hingga hujung bulan depan …
Maklumat Lanjut

ISU PADI DAN BERAS NEGARA: DI MANA PENGHUJUNGNYA?

Pengenalan Padi atau nama saintifiknya oryza sativa merupakan tanaman utama dalam sektor pertanian Malaysia dan sumber asas kepada penghasilan beras, …
Maklumat Lanjut