OP SELAMAT 23: ENAM KESALAHAN TRAFIK UTAMA

Sempena Op Selamat 23 yang bakal bermula pada 28 Januari 2025 sehingga 2 Februari 2025, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik akan menumpukan perhatian khusus kepada enam kesalahan trafik utama yang telah dikenal pasti menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Enam kesalahan trafik utama yang menjadi fokus utama PDRM ialah:

  1.  Memandu melebihi had laju,
  2.  Memandu di lorong kecemasan,
  3.  Memotong di garisan berkembar,
  4.  Memotong barisan,
  5. Tidak mematuhi lampu isyarat, dan
  6.  Menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

Pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan-kesalahan seperti dinyatakan, akan dikenakan tindakan saman serta merta.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

“Rumah selamat, selamat sampai ke destinasi”.

 

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …