PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

KRONOLOGI PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab tahun ke-10 Kerasulan Baginda SAW bersamaan tahun 621M.

Peristiwa ini berlaku selepas kewafatan Abu Talib, bapa saudara Nabi SAW dan Saidatina Khadijah, isteri kesayangan Baginda SAW. Tahun ini dikenali sebagai Tahun Dukacita.

 

🔵 Israk : Perjalanan Rasulullah SAW dari Masjidil Haram di Mekah menuju ke Masjidil Al-Aqsa di Palestin.

 

🔵 Mikraj : Perjalanan Baginda SAW dari langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha.

Rasulullah SAW dibawa oleh Malaikat Jibril menaiki Buraq dengan hanya satu malam sahaja bermula dari Masjid al-Haram (Makkah) ke Masjid al-Aqsa (Palestin) seterusnya ke langit pertama sehingga ke Sidratul Muntaha. Rasulullah SAW menerima perintah solat 50 waktu daripada Allah SWT , lalu Rasulullah SAW meminta keringanan atas cadangan Nabi Musa As sehingga menjadi 5 waktu.

Sumber: Muhammad Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal

Artikel/Berita Terkini

BINA BENTENG ATASI BANJIR BERULANG DI KAMPUNG BELIMBING DALAM

Durian Tunggal – Masalah banjir kerap melanda Kampung Belimbing Dalam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗛𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜

DASAR KESELAMATAN NEGARA (DKN) 2021-2025 NILAI TERAS KESELAMATAN NEGARA 4: TADBIR URUS YANG BAIK (Integrasi Dasar & Operasi) Program Jualan …
Maklumat Lanjut