TAKUT RAHSIA TERBONGKAR, REMAJA SOROK MAYAT BAYI BARU LAHIR DALAM BEG

Seorang remaja perempuan bersama kekasihnya ditahan selepas disyaki menyembunyikan kelahiran sehingga menyebabkan kematian bayinya dalam sebuah beg di sebuah rumah di Telok Kemang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Maslan Udin berkata, pasangan berusia 18 dan 21 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Telok Kemang dan Port Dickson.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.13 pagi dari Hospital Port Dickson berkenaan pesakit perempuan warga tempatan berusia 18 tahun telah melahirkan anak tetapi bayinya gagal dikesan.

Siasatan lanjut yang dijalankan oleh pihak polis menemui bayi tersebut yang disembunyikan di dalam sebuah beg dalam bilik di sebuah rumah di Taman Intan Perdana dekat sini. Pemeriksaan terhadap bayi perempuan itu ia cukup sifat namun disahkan telah meninggal dunia dan terdapat kesan kecederaan pada bahagian dada dipercayai objek tajam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis dari cawangan siasatan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bersama bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson telah menahan pasangan berkenaan pada hari sama.

Remaja perempuan yang bekerja di restoren makanan segera dan kekasihnya penganggur ditahan antara jam 9.30 hingga 9.45 malam di lokasi berasingan di sini. Hasil semakan suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Berikutan itu, polis turut merampas uri, pakaiaan, senjata iaitu pisau dan telefon bimbit untuk siasatan lanjut. Motif kejadian adalah disebabkan rasa bimbang dan takut dengan keluarga. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson pagi ini untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …