TIMBALAN PENGARAH AGENSI KERAJAAN ANTARA DIREMAN DISYAKI MINTA RASUAH SETENGAH JUTA

Dua individu termasuk seorang timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM600,000 daripada syarikat pelabur sebagai balasan membantu memudahkan urusan mendapatkan kelulusan yang dipohon.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 40-an itu dikeluarkan Majistret, Syed Farid Syed Ali selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki telah ditahan kira-kira jam 5.30 petang pada Isnin ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan. Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut dari tahun 2019 hingga 2024.

Kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank sebuah syarikat perunding yang berperanan sebagai orang tengah.  Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan tersebut.Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …