UMPSA LANCAR PEK MAKANAN `EXPRESS MEAL’

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memperkenalkan `Express Meal’ antara inisiatif kemudahan kepada pelajar.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, berkata pek makanan sedia untuk dimakan itu melalui teknologi retort di bawah inisiatif food@campus (UMPSA Campus Pantry) dengan kerjasama Yayasan UMPSA.

Katanya, pek makanan itu untuk kebajikan pelajar yang memerlukan serta untuk diagihkan bagi persediaan bantuan ketika musim bencana banjir.

“Bermatlamatkan `Zero Hunger’, pek ini sebagai persediaan bagi menyediakan makanan Ketika kecemasan bagi membolehkan mereka mendapatkan makanan yang sihat dan sedia untuk dimakan.

“Pek ini membolehkan pelajar yang berkeperluan mendapat makanan yang dimasak menggunakan teknologi retort antaranya rendang ayam, rendang daging, daging lada hitam, paprik ayam dan nasi goreng cina.

“Sebanyak 38,000 `UMPSA Express Meal’ iaitu pek makanan pelbagai menu diperuntukkan setahun kepada pelajar daripada keluarga B40 yang memerlukan.

“Mereka boleh mendapatkan pek ini melalui permohonan secara dalam talian di E-Community pelajar.

“Pemohon akan diberikan ekupon kasih melalui aplikasi ADAB APPS dan kupon tersebut boleh ditebus guna di campus pantry Gambang dan Pekan,” katanya yang turut mencuba juadah `Express Meal’ yang disediakan di Dapur Siswa di Residen Pelajar UMPSA Gambang.

Dalam pada itu, Dr Yatimah turut melawat Residen Pelajar 1 dan 3 UMPSA Kampus Gambang dan melancarkan Inisiatif Perkhidmatan Pelajar oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).

Beliau berkata, antara inisiatif perkhidmatan pelajar ialah dobi berpusat, gimnasium siswi dan dapur siswa yang dilengkapi dengan kelengkapan memasak bagi membolehkan pelajar berkreativiti menyediakan makanan sendiri.

Selain itu, beliau turut membuat lawatan ke Pusat Parcel Pelajar, Bilik Penginapan Residen Pelajar, Student Lounge, Kafeteria Premium dan meninjau menu siswa rahmah yang disediakan.

“Inisiatif perkhidmatan pelajar yang dijalankan amat baik dan memberi manfaat kepada pelajar.

“Keperluan pelajar sangat penting dan UMPSA sangat menitikberatkan kemudahan dan fasiliti yang terbaik untuk pelajar serta sentiasa berusaha untuk menambah baik kemudahan yang disediakan,” katanya.

SUMBER: BERITA HARIAN

Artikel/Berita Terkini

PERLUASAN KUGGP DICADANG MELIPUTI TUARAN

TINJAU: Jafry Membuat Tinjauan Semasa Di Majlis Itu.  TUARAN: Kerajaan negeri sedang meneliti cadangan untuk memperluaskan Kinabalu UNESCO Global Geopark …

12 DITAHAN, SINDIKET TIPU BOMOH CINA RUGIKAN MANGSA RM600,000

MOHD AZHAR  KOTA KINABALU: Sindiket ‘bomoh Cina’ yang menawarkan khidmat rawatan tradisional dan upacara keagamaan bagi menghindarkan perkara yang dipercayai …

SIRI TRIVIA HARI KEBANGSAAN 2026 | PANDUAN PENGGUNAAN DAN PENGGANTUNGAN JALUR GEMILANG

Mengibarkan Jalur Gemilang bukan sekadar mencipta suasana sambutan, tetapi merupakan tanda hormat, cinta dan setia kepada tanah air. Ramai yang …