LELAKI MYANMAR DIPENJARA ENAM BULAN SIMPAN LPG TANPA LESEN

Dua lelaki Myanmar dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas pertuduhan menyimpan barang kawalan iaitu gas petroleum cecair(LPG) tanpa lesen, tahun lalu. Hakim, Muhamad Kamil Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Sein Kyi Moe, 30, dan Tun Tun Kyaing, 24, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Mahkamah memerintahkan hukuman berkenaan bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap pada 4 September tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama dua orang yang masih bebas didapati telah ada dalam jagaan barang kawalan berjadual iaitu gas petroleum cecair(LPG) berjumlah 1122.24 kilogram dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan secara borong LPG tanpa suatu lesen yang sah daripada pengawal.

Kesalahan berkenaan dilakukan pada 4 September 2024 kira-kira jam 11.45 malam di premis tanpa papan nama di Green Technology Park, Seremban 2.

Berikutan itu, tertuduh didakwa telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (1), akta yang sama.

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Nor Alimah Mohd Sanusi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Sinar Harian

Artikel/Berita Terkini

507 GERAN TANAH PANTAS DISERAH KEPADA PENDUDUK SEMBILAN KAMPUNG DI KADAMAIAN

GERAN: Ewon menyampaikan geran tanah PANTAS kepada wakil penduduk kampung. KOTA BELUD: Sebanyak 507 geran tanah di bawah Program Perkhidmatan …

MASIDI MAHU SEKTOR AGROMAKANAN TERUS JADI PEMACU EKONOMI SABAH

PERJUMPAAN: Masidi mengadakan perjumpaan khas di bilik mesyuarat MOF Sabah. KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, …

TPNS SALUR RM40 JUTA BANTU 27,781 PELAJAR SABAH

PRIHATIN: Hajiji menyampaikan Bantuan Pendidikan One-Off (Ijazah Sarjana Muda) kepada wakil penerima pada majlis itu. KOTA KINABALU: Tabung Pendidikan Negeri …